I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 5, 2010

Siapakah Wahabi?



Assaalamualaikum,

Semenjak akhir akhir ini telah timbul semula satu isu yang hebat diperkatakan orang termasuk para agamawan.Isu tersebut adalah isu Wahabi.Dahulu Wahabi di kenali dengan gelaran kaum muda oleh masyarakat Melayu.Ketika itu telah timbul pergeseran antara kaum muda dan kaum tua.Kebiasaannya ustaz ustaz/tok tok guru lepasan Mekah akan di label sebagai kaum muda kerana membawa fahaman yang asing dari apa yang mereka terima sejak dari zaman nenek moyang mereka.

Terdapat 2 tanggapan masyarakat tentang Wahabi ini.Di timur tengah (negara negara Arab) apabila disebut Wahabi orang akan mengatakan " Wahabi adalah golongan yang tidak membenarkan ummat Islam mendirikan bangunan atau tembok pada kubur2 termasuk mengecat,dan menghiasi kubur".Itu sebab sehingga sekarang kubur ahli Badar di Baqi' tidak ada tembok keadaannya rata begitu sahaja.Wahabi juga dikatakan tidak membenarkan kita bertawassul (berperantara)kepada orang yang telah mati dalam berdoa' termasuk kepada para wali dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.

Dinegara kita pula Wahabi di tafsirkan orang sebagai kumpulan yang tidak buat kenduri arwah,tak baca Qunut subuh,tak bagi orang ziarah kubur,tak sambut Maulid Nabi dan sebagainya. Wahabi juga di katakan pemecah belah ummat,penentang amalan amalan tradisi yang di warisi dari turun temurun dan yang lebih dasyat dikatakan sebagai pengganas ( terroris).Persoalannya sekarang apakah benar dakwaan2 ini atau sebaliknya? atau pun semata mata berdasarkan fitnah dan sangka sangka belaka.

Penulis sering ditanya oleh sahabat2 apa dia Wahabi? mereka sering mendengar istilah ini tapi mereka bingung dan tak faham.Adakah ianya satu Mazhab baru? dan adakah ia termasuk dalam ahli sunnah?

Untuk menjawab pertanyaan2 tersebut penulis telah sempat membuat sedikit kajian melalui pembacaan,maklumat dari internet,dan bertanya dengan ustaz2 kita.Hasil kajian yang tak seumpamanya ini,penulis dapat menghimpunkan kajian dari seorang tenaga pengajar di Masjidil Haram iaitu Syeikh Abdul Qadeer Al Mandeely.Sebagai permulaan penulis terangkan secara ringkas biodata insan yang di label sebagai Wahabi.

Sejarah ringkas Syeikh Muhammad Abdul Wahab

Beliau adalah seorang ulamak yang di lahirkan di Uyainah yang terletak di utara Riyadh (Arab saudi) pada tahun 1115 H.(1703M.) Meninggal dunia pada tahun 1206H. Ayahnya sebagai seorang Qadi pada ketika itu. Nama penuhnya Syeikh Muhammad Abdul Wahab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid bin At-Tamimi.

Beliau telah menghafal Quran semasa berumur 10 tahun. Mempelajari Feqah Hanbali,tafsir,& ilmu hadis dari bapanya sendiri. Dalam pembacaan beliau banyak merujuk kepada tulisan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Al hafiz Ibnu Qayyim. Beliau juga pernah belajar dengan beberapa ulamak Madinah antaranya Syeikh Abdullah Ibrahim,Syeikh Ali Afandy,Syeikh Ismail Al Ajluni,Syeikh Abdul Latif dan beberapa orang ulamak lagi.

ketika Syeikh Muhammad Abdul Wahab pulang ke negerinya di Najd, beliau mendapati bahawa kurafat dan iktiqad yang rosak berleluasa dinegerinya. Masyarakat ketika itu seringkali berulang ke kubur untuk meminta hajat dari penghuni kubur agar di lepaskan dari kesusahan.Antara kubur yang sering diziarahi ialah kubur Yazid Bin Al Khattab. Dinegeri Al Mantahah orang bertawassul (berperantara)dengan pokok tamar jantan dimana orang yang belum berkahwin berkata " Wahai bapa bagi sekalian bapa (pokok tamar jantan) saya hendak berkahwin sebelum cukup setahun".Kebanyakan masyarakat pada masa itu sentiasa berulangalik kekubur yang didakwa kubur para wali. mereka telah melakukan ibadat yang tak selayaknya seperti bernazar ,tawaf,menyembelih,meminta tolong di kuburan.
Jesteru itu Syeikh Muhammad Abdul Wahab bangkit menentang perkara perkara kurafat dan bid'ah tersebut.Beliau berusaha bersungguh sungguh didalam dakwahnya mengajak manusia kepada mentauhidkan Allah dan menjauhkan syirik.

Siapakah yang mula mula mengelar Wahabi?

Menurut kajian ustaz Wan Zahidi yang mula mula memberi gelaran Wahabi ialah penjajah Inggeris di India bagi menakut nakutkan masyarakat dengan dakwah yang dibawa oleh Syeikh Muhammad.Kemudian seorang rahib kristian dan seterusnya seorang Orientalis yang bernama Zuiber. Zubier dalam tulisannya mengatakan bahawa Wahabi adalah satu agama tersendiri, yang lain dari Islam. Imam Ibnu Qayyim yang lahir sebelum Syeikh Muhammad juga di gelar Wahabi semata mata kerana pemikiran kedua duanya sama. Disini jelas nampak kejahilan si Zubier,dimana kalau nak di gelar pun sepatutnya "Muhammadi" bukan "Wahabi" sebab Wahabi bapa kepada Syeikh Muhammad. Jadi jelas disini istilah Wahabi yang di gunakan untuk menakut2kan orang itu sebenarnya disebarkan oleh musuh musuh Syeikh Muhammad yang terdiri dari 1. Raja2 yang tak suka kepada gerakan Islah (Pembaharuan) yang di bawa oleh Syeikh Muhammad. 2. Ulamak2 yang bersama pemerintah & penjajah Inggeris. 3. Golongan Syiah Imamiyyah,yang menentang keras gerakan ini kerana merekalah yang paling banyak melakukan perkara kurafat,bid'ah dan kesyirikan.Setelah bekerja keras akhirnya dakwah beliau telah diterima baik oleh Raja Arab Saudi ketika itu dan gerakan dakwahnya telah diteruskan oleh orang terkemudian sehinggalah sekarang.

Orang kita sering mengungkapkan " harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama" penulis menambah "Ulamak mati meninggalkan kitab". Jadi antara kitab2 yang ditinggalkan oleh Syeikh Muhammad ialah Kitab Tauhid,Usul Al Iman,Al Qawaid al arba'Mukhtasar al-Bukhari dan banyak lagi.Kitab2 beliau banyak berkisar kepada persoalan tauhid dan sedikit kitab feqah.Disini penulis merasa hairan bagaimana orang kita lebih mengaitkan fahaman Syeikh Muhammad kepada perkara2 ibadah seperti tahlil ,Qunut subuh,talkin ziarah kubur,Maulid dan lain2 sedangkan dalam penulisan beliau banyak menulis tentang ilmu Tauhid (Ketuhanan).

Mengenai dakwaan "kalau nak kenal orang Wahabi mereka tak buat tahlil arwah,tak baca Qunut subuh,tak baca talkin kepada si mati,tak berdoa secara berjemaah selepas solat fardhu" dan lain lain,Insya'allah penulis akan ulas di lain kesempatan berdasarkan kepada satu2 isu sebab isu ini begitu sensitif bagi masyarakat kita dan perlu di sampaikan secara ilmiah dan bijaksana.





Allahua'lam.

No comments:

Post a Comment