I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 7, 2010

ADAKAH PRAKTEK MEDITASI BERKAIT DENGAN ISLAM?

Assalamualaikum,

Kita sering mendengar istilah meditasi, tetapi adakah kita tahu maksud meditasi. Menurut Wikipedia meditasi ialah praktik relaksasi (praktik utk mencari ketenangan fikiran atau minda) yang melibatkan pengosongan fikiran dari semua hal yang menarik, membebani, maupun mencemaskan dalam hidup kita sehari-hari .Meditasi juga di tafsirkan aktiviti mental secara terstruktur dilakukan dalam jangka waktu tertentu untuk menganalisa, mengambil kesimpulan dan mengambil langkah-langkah lebih lanjut untuk menyikapi, menentukan tindakan atau penyelesaian masalah pribadi, hidup, dan perilaku. Sebenarnya ada banyak lagi penafsiran ttg meditasi ini sehingga kadang2 terdapat penafsiran2 yg sukar untuk di fahami dan cuma mereka yang mengamalkanya yang faham. Meditasi juga ada berbagai2 kaedah. Ada kaedah sedar dan separa sadar dan ntah apa apa lagi kaedah yg pelik2. Menurut agama Budaha dan Hindu meditasi ialah pengosongan minda di barengi dgn kaedah menarik dan menghembus nafas beberapa kali capai konsentrasi dan seterus penyatuan dengan Tuhan. Kaedah ini terdapat juga dalam amalan Yoga dan juga seni mempertahankan diri seperti kung fu, karate,wusyu dan lain2 lagi.

Menurut golongan sufi/tasawwuf pula ia adalah praktik pengosongan minda dari semua perkara kemudian merenung dan melihat kebesaran Tuhan dalam diri sendiri bukan hanya melihat dengan mata kasar tetapi dengan mata hati.Inilah adalah penafsiran kebanyakan penganut tariqat sufi taswwuf.Mereka mendakwa Nabi s.a.w. juga ada mengamalkan meditasi semasa berkhalwat di gua Hira’dan menurut mereka lagi solat salah satu dari meditasi yang berkesan maka timbulah istilah meditasi Islam dimana mereka mengaitkan meditasi dengan agama Islam.Sememangnya dalam ajaran Islam zikir dan juga solat itu boleh menenangkan hati tetapi tidaklah sama dengan meditasi (ketenangan) yang di faham dan di praktik oleh agama lain. Sebenarnya amalan meditasi ini di ceduk dari ajaran bukan Islam terutamanya ajaran agama Hindu.Cuma di bezakan sedikit kaedahnya supaya tidak 100% menyerupai agama lain, antara penyatuan dengan Tuhan (agama hindu) dengan merenungi kejadian Tuhan dalam diri (fahaman sufi). Sesungguhnya amalan meditasi bukanlah dari ajaran Islam yang sebenar yang mana Islam bersih dari unsur2 penyelewengan. Kita dilarang tasyabuh (meniru) amalan agama lain dan mencampuradukan antara yang hak dengan yang batil.Yang menghairankan penulis, kebanyakan dari kita begitu ghairah mengamalkan ajaran2 yang di ambil dari agama lain sedangkan banyak amalan amalan sunnah yg boleh menenangkan jiwa sprt berzikir, baca quran, beri’tikaf lain2 lagi yang tidak kita amalkan.

Contoh salah satu meditasi





Allahua’lam

No comments:

Post a Comment