I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 13, 2010

ISU ESQ




Fatwa Berkaitan ESQ Leadership Training

Baru hari ini saya berkesempatan menulis artikel berkaitan fatwa ESQ Leadership Training. Itupun setelah rakan saya Ustaz Amiza memberikan artikel yang telah beliau dapat semasa menghadiri seminar berkaitan ESQ di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi awal tahun 2010 lepas. Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenainya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi ESQ http://esq.com.my/v1/ di Malaysia.

Ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan sebarang ajaran yang seumpamanya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam ; kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam. Ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah seperti berikut :

1. Mendukung fahaman Liberalisme : iaitu memahami/mentafsir nas-nas agama (al-Quran dan as-Sunnah) secara bebas, dan faham Pluralisme agama ; iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua-dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.
2. Mendakwa bahawa Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah semata-mata pilihan Allah S.W.T (al-Isthifaiyayah) dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (al-Kasbiyyah)
3. Mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam, ESQ adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar manakala God Spot adalah hasil kajian seorang Hindu vs Ramachandran. Kedua-dua penemuan ini disahkan dengan ayat al-Quran (Surah al-Hajj : Ayat 46)
4. Menekankan konsep “suara hati” atau “conscience” sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati (conscience) adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian. The Oxford Dictionary of World Religion menyebut : “In the main forms of Christianity, conscience is the absolutely invioable and sacrosanct centre of the person as human as responsible for her or his decisions”. Konsep suara hati juga merupakan ajaran agama Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekanda : “The Atman is the Holy Ghost of the Biblical Trinity, and the purpose of all religions is to make men heard ‘the still small voice’ within them”. Menurut Imam Abu al-Abbas pendapat demikian adalah zindek dan kufur.
5. Menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama.
6. Mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logis. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulama’ ; kerana ia bermakna mengingkari nas-nas al-Quran dan Hadth Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi Nabi A.S.
7. Menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan “submission”. Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat-ayat al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikannya dengan Kod 19.
8. Menyamakan bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang-orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang-orang Jepun yang berteraskan ajaran Buddha.
9. Mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa A.S diselamatkan daripada Fir’aun juga boleh berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juruterbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini adalah merupakan ajaran agama Hindu seperti yang diterangkan oleh Swami Vivekanda : “When Jesus healed, they called it a miracle”. What is miracle? A supernatural even says the dictionary. “Applied Raja Yoga”, says the Yogi. Just because you dont understand it, you call it miracle. We know what its about. Its natural to us.”
10. Mentafsirkan makna kalimah syahadah dengan “triple one”. Ini adalah tafsiran bid’ah dan sesat. Dalam konteks akidah “triple one” digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity. Buku “Christianity For Dummies”, ketika menghuraikan konsep ini menyatakan : “The Trinity : How 1+1+1 Equals 1. Christianity say tha God is Trinity – One God Expressed in three beings. The term trinity means : “Three-oneness”

Artikel ini adalah tulisan dari Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan)

http://www.imranshamsir.com/ilmiah/fatwa-berkaitan-esq-leadership-training/

Pembongkaran ilmiah peyimpangan ESQ oleh JAKIM & IKIM : http://esqsesat.blogspot.com/

Untuk melihat lebih jelas method/kaedah/module ESQ sila tonton rancangan Halaqah di TV 9.



1 comment:

  1. Salam,
    Hari ini 14 Julai 2010 Majlis Fatwa kebangsaan telah memutuskan bahawa ESQ Leadership Training yang diimpot dri seberang boleh meneruskan program mereka dengan bersyarat,iaitu pihak ESQ harus memberi pencerahan semula mengenai 10 perkara yg didakwa oleh Mufti Wilayah sebagai ajaran yg menyeleweng dari sudut Aqidah dan syariat Islam Islam.Disamping itu panel penyelidik ESQ dari Malaysia yg terdiri dri ustaz2 & seorang bekas Mufti kalau tak silap saya harus terus memantau program ESQ supaya training motivasi yg dijalankan tidak terpesong dari ajaran Islam.Pengerusi ahli Majlis Fatwa Kebangsaan juga meminta mufti2 setiap Negeri mencari kata sepakat mengenai isu ini.Ok selesai satu bab.

    Cuma apa yg Saya musykilkan adakah kesemua pihak akan menjalankan tugas masing2 dalam menjernihkan apa yg telah keroh sebelum ini.Persoalannya sekarang adakah pihak ESQ sendiri mengakui 10 perkara yg ditekankan oleh Mufti Wilayah itu di akui atau disanggah oleh mereka? Mampukah pihak Panel penyelidik dan setiap mufti di Malaysia memantau dengan penuh keikhlasan dan kejujuran sedangkan kebanyakan dari mereka pernah & telah beberapa kali menyertai Program ESQ itu sendiri?Persoalan2 yg Sya kemukakan ini harus kita sama2 menanganinya tanpa apa2 kepentingan peribadi mau pun pihak2 tertentu dengan ikhlas & jujur dan tidak berpihak kepada sesiapa kecuali kepada 2 sumber iaitu Al Quran dan hadis.

    Allahua'lam.

    ReplyDelete