I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 17, 2010

SALAH FAHAM TENTANG UCAPAN UMAR AL KHATAB



Assalamualaikum,

Ramai di kalangan masyarakat kita yang keliru tentang ucapan Khalifah Umar Al Khatab " alangkah baiknya bid'ah ini" ketika memerintahkan Ubay bin Kaab dan Tamin Ad-Dari agar mengimamkan solat tarawikh berjemaah.Mereka menyangka inilah bukti adanya bid'ah hasanah dalam agama.

Sebenarnya maksud dari kalimah bid'ah yang di ucapkan oleh Umar al Khatab bukanlah bid'ah dari segi syara' tetapi semata mata merupakan bid'ah menurut bahasa (etomologi)sahaja.Menurut bahasa bid'ah bererti "perbuatan yang tidak ada contoh sebelumnya". Jadi disini perbuatan Umar Al Khatab menghimpunkan solat tarawikh secara berjemaah,tidak boleh di katakan bid'ah dalam syara' sebab Nabi s.a.w. pernah melakukan secara berjemaah semasa hayat beliau tetapi cuma tiga malam sahaja.Nabi tidak meneruskan ke malam seterusnya kerana khuatir jika diwajibkan ummatnya tidak mampu untuk mengerjakannya.Ini dijelaskan oleh Aisyah sendiri " Nabi s.a.w. pernah melakukan solat di bulan Ramadhan tiga malam berturut turut,kemudian baginda menghentikannya pada malam keempat dan beliau bersabda " sesungguhnya aku takut kalau solat tersebut di wajibkan keatas kamu sedangkan kamu tidak mampu untuk melakukannya. H/R Imam Bukhari & Muslim.

Perbuatan Umar itu juga tidak boleh diistilahkan sebagai bid'ah dalam agama kerana Umar adalah seorang Khulafa' Ar-Rasyidin yang telah di beri jaminan oleh Rasullullah untuk kita ikuti sunahnya sebagaimana sabda Nabi s.a.w. " berpeganglah kamu kepada sunahku dan sunah para Khulafa' Ar-Rasyidin selepas peninggalanku" H/R Imam Ahmad,Turmizi,& Abu Daud.

Kesimpulannya disini, jika kita katakan Umar pun pernah melakukan bid'ah dalam agama,maka kita pun boleh buat...Sesungguhnya perkataan ini amat bertentangan dengan ucapan beliau (Umar) sendiri yang berbunyi " setiap bid'ah itu sesat,walau pun semua manusia telah berpendapat bahawa satu satu bid'ah itu adalah hasanah (baik) H/R Al- Lalikaii.

Akhir kalam sama samalah kita renung kata kata Imam Syafi'i " Sesiapa yang mencipta istihsan (mencipta sesuatu perkara yang di sangka baik)maka ia telah mencipta syarak,dan sesiapa yang mencipta syara' maka ia telah kafir"

Allahua'lam.





No comments:

Post a Comment