I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 4, 2010

MENGIRIM PAHALA BACAAN KEPADA MAYAT

OLEH

USTAZ ABU FAROUQ RASUL DAHRI


BAHAGIAN 1/2

BERTAHLIL merupakan satu perbuatan bacaan yang
dilakukan untuk dikirimkan kepada seseorang yang
meninggal dunia atau roh mayat. Ia merupakan satu
tradisi tetap yang diamalkan di kalangan masyarakat
kita pada hari ini.

Lazimnya, bacaan yang diucapkan semasa bertahlil ialah
sedikit daripada ayat-ayat al-Qur'an yang tertentu,
kalimah La Ilaha Illa Allah atau Subhanaallah atau
lain-lain dengan niat bacaan-bacaan tersebut dapat
dihadiahkan atau dikirimkan kepada orang yang
meninggal dunia atau roh mayat di kalangan orang
Islam.

Terdapat seperkara yang belum diketahui oleh banyak di
kalangan orang Islam sama ada yang benar-benar
mengikut mazhab imam Syafie atau mereka yang hanya
mengikut-ikut sahaja, adalah amalan bertahlil dan doa
selamat yang kononnya

dikirimkan untuk seseorang yang mati sebenarnya
bertentangan dengan banyak pendapat di kalangan
ulama-ulama yang bermazhab imam Syafie. Ini
termasuklah imam Syafie sendiri yang tidak sependapat
atau tidak setuju dengan amalan bertahlil dan doa
selamat. Terdapat juga ulama-ulama yang berpendapat
amalan tersebut boleh dilakukan, namun pandangan
tersebut adalah

sangat lemah dan amat bertentangan dengan ajaran
al-Qur'an (pada surah an-Najm ayat 39 dan sunnah nabi
serta para sahabatnya).

Di bawah ini dibawakan sebahagian daripada pendapat
ulama Safieyah berikutan masalah amalan tersebut.
Pendapat-pendapat ini telah diambil dari kitab-kitab
tafsir, kitab-kitab feqah dan kitab-kitab syarah
hadith.

1.
Pendapat Imam Syafie rahimahullah.

Imam Nawawi menyebutkan di dalam kitabnya, Syarah
Muslim iaitu,

"Adalah, bacaan al-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan
kepada mayat), maka pendapat yang masyhur dalam mazhab
Syafie ialah amalan tersebut tidak akan sampai kepada
mayat. Sebagai dalilnya, imam Syafie dan para
pengikutnya mengambil daripada firman Allah SWT (yang
bermaksud), "Dan seseorang itu tidak akan memperoleh
melainkan pahala daripada daya usahanya sendiri."

Serta dalam sebuah sabda Nabi Sallallahu `alaihi
wasallam yang bermaksud, "Apabila manusia telah
meninggal dunia, maka terputuslah segala amal usahanya
kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu
yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan)
soleh yang berdoa untuk simati" (an-Nawawi, Syarah
Muslim : juz 1 hal; 9)

Lagi daripada imam Nawawi di dalam kitab Taklimatul
Majmu', Syarah Muhazzab da mengatakan,

"Adalah, membaca al-Qur'an dan mengirimkannya sebagai
pahala untuk seseorang yang mati dan menggantikan
sembahyang untuk seseorang yang mati atau sebagainya
adalah tidak sampai kepada mayat yang dikirimkan
menurut

Jumhurul Ulama dan imam Syafie. Keterangan ini telah
diulang beberapa kali oleh imam Nawawi di dalam
kitabnya, Syarah Muslim"

(as-Subuki, Taklimatul Majmu', Syarah Muhazzab: juz
10, hal; 426)

Menggantikan sembahyang untuk si mati bermaksud
menggantikan sembahyang yang telah ditinggalkan oleh
si mati semasa hidupnya.

2. Al-Haitami di dalam kitabnya, al-Fatawa al-Kubra
al-Fiqhiyyah, berkata sebagai,

"Bagi seseorang mayat, tidak boleh dibacakan
kepadanya apa-apa pun berdasarkan keterangan yang
mutlak dari ulama Mutaqaddimin (terdahulu) iaitu
baca-bacaan yang disedekahkan kepada si mati adalah
tidak akan sampai

kepadanya kerana pahala bacaan tersebut pembaca sahaja
yang menerimanya. Pahala yang diperolehi hasil
daripada sesuatu amalan yang telah dibuat oleh amil
(orang yang beramal) tidak boleh dipindahkan kepada
orang lain berdasarkan sebuah firman Allah yang
berbunyi, "Dan manusia tidak memperolehi kecuali
pahala dari hasil usahanya sendiri."

(Al-Haitami, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyah : juz 2,
hal; 9)

3. Imam Muzani, di dalam Hamisy al-Umm, juga berkata,

"Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam telah
memberitahu sebagaimana yang telah pun diberitakan
dari Allah bahawa dosa seseorang akan menimpa dirinya
sendiri seperti halnya sesuatu amal yang telah
dikerjakan adalah hanya untuk dirinya sendiri bukan
untuk orang lain dan ia tidak dapat dikirimkan kepada
orang lain."

(Tepi al-Umm as-Syafie : juz 7, hal ; 269)

4. Imam al-Khazin di dalam tafsirnya mengatakan,

"Dan yang masyhur di dalam mazhab Syafie adalah,
bahawa bacaan al-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan
kepada mayat) adalah tidak dapat sampai kepada mayat
yang dikirimkan" (Al-Khazin, al-Jamal : Juz 4, hal ;
236)

5. Di dalam tafsir Jalalain telah disebutkan seperti
berikut,

"Maka seseorang tidak akan memperolehi pahala sedikit
pun dari hasil usaha orang lain." (Tafsir Jalalain :
juz 2, hal ; 197)

6. Ibnu Katsir di dalam tafsirnya, Tafsirul Qur'anil
Azim telah menafsirkan surah an-Najm ayat 39 sebagai,

"Iaitu, sebagaimana dosa seseorang tidak boleh
menimpa ke atas orang lain, begitu juga halnya
seseorang manusia juga tidak boleh memperolehi
sebarang pahala melainkan dari hasil usaha amalannya
sendiri.

Dan daripada surah an-najm ayat 39 ini, Imam Syafie
r.a dan para ulama yang mengikutnya telah mengambil
kesimpulan bahawa, sebarang pahala bacaan yang
dikirimkan kepada mayat adalah tidak akan sampai
kepadanya kerana amalan tersebut bukan

daripada hasil usahanya sendiri. Oleh sebab itu,
Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam tidak pernah
menganjurkan umatnya agar mengamalkan (pengiriman
tahlil atau doa selamat). Baginda juga tidak pernah
memberikan bimbingan sama ada dengan nas atau berupa
isyarat di dalam hal tersebut.

Terdapat juga di kalangan para sahabat ada yang
melakukan amalan tersebut tetapi sekiranya amalan
tersebut memang satu amalan yang digalakkan, tentunya
mereka telah mengamalkannya lebih dari dulu lagi
sedangkan amalan korban (mendekatkan diri kepada
Allah) juga terdapat batasan-batasan nas yang terdapat
di dalam di dalam al-Qur'an dan sunnah Rasul
Sallallahu `alaihi wasallam dan tidak boleh
dipalingkan dengan qias-qias atau pendapat-pendapat
ulama."

Demikianlah beberapa pendapat ulama Safiyah yang
menyentuh tentang amalan bertahlil dan pengiriman
pahala bacaan kepada si mati. Namun begitu, ternyata
pendapat-pendapat tersebut telah bersepakat dan
mempunyai satu pandangan yang teguh iaitu mengirimkan
pahala bacaan al-Qur'an kepada si mati adalah tidak
akan sampai kepada si mati atau roh yang dikirimkan.

Kini, jelaslah bahawa pengiriman pahala melalui amalan
tersebut tidak akan sampai kepada si mati. Jadi,
segala amalan yang dilakukan seperti itu merupakan
satu amalan yang sia-sia atau membazir sedangkan Islam
amat melarang umatnya supaya tidak membazir.

Dasar hukum yang telah para ulama tersebut ambil
adalah dari firman Allah SWT di dalam surah an-Najm
ayat 39 dan melalui hadith nabi Sallallahu `alaihi
wasallam yang menerangkan bahawa apabila seseorang
manusia itu mati, segala amalannya di dunia telah
terputus kecuali tiga keadaan iaitu, sedekah jariah,
ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak yang soleh
untuk kedua ibu bapanya.

Apabila sudah jelas tentang hukum mengamalkan tahlil
dan doa selamat, kini timbul pula masalah lain iaitu
di dalam bacaan tahlil sendiri ada menyebut,

"Allahumma ausil tsawmaba ma wara'nahu ila ruhi
fulan."

Maksudnya, "Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan
tahlil kami tadi kepada roh si Fulan."

Persoalan tersebut bolehlah dijawab, bahawa para ulama
telah bersepakat, pengiriman pahala melalui bacaan
tidak akan sampai kepada roh yang dikirimkan kerana
ianya bertentangan dengan firman Allah di dalam surah
an-Najm ayat 39.

Jika difikirkan secara dalam, amalan bertahlil ini
amat canggung di sisi Islam. Mana tidaknya, bertahlil
atau mengirimkan pahala melalui bacaan kepada
seseorang mayat merupakan satu perbuatan yang
melanggar syariat Allah, tetapi kemudian dimohon pula
agar tahlil tersebut diberikan pahala dan pahalanya
pula dimohon agar disampaikan kepada si mati atau roh
si Fulan.

Tidakkah ianya satu perbuatan yang janggal?

Bersambung .....

No comments:

Post a Comment