I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, May 4, 2010

ORANG MELAYU TERLALU MINAT PERKARA MISTIK DAN KURAFAT




ORANG MELAYU TERLALU MINAT PERKARA MISTIK DAN KURAFAT
Date 2007/6/12 20:41:15 | Topic: Artikel


Malaysiakini: Orang Melayu terlalu minat perkara mistik dan kurafat

Kecenderungan media massa dan pawagam menayangkan banyak cerita seram dan mistik menjadi kayu pengukur bahawa masyarakat, khususnya orang Melayu begitu meminati perkara berbentuk mistik dan kurafat, kata Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Malah, kata Exco Pendidikan dan penyelidikan PKPIM, Mohd Rezwan Alias, ada filem sedemikian yang berjaya mengutip jutaan ringgit sejak beberapa hari ditayangkan.

“Hal ini dikuatkan lagi dengan pameran hantu, jin dan keranda yang mendapat sambutan luar biasa di kalangan masyarakat Malaysia pada awal bulan Mac tahun ini.

“Langkah yang tepat telah dilakukan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan apabila menegah pameran tersebut daripada terus berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan.

“Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata pameran berunsur tahyul dan kurafat boleh menjurus kepada makruh dan seterusnya haram apabila mendatangkan mudarat kepada akidah umat Islam,” tambahnya.


Bagaimanapun, kata Mohd Rezwan lagi, karyawan-karyawan yang menekuni filem
hantu dan drama mistik seolah-olah tidak mempedulikan hikmah mengapa elemen tahyul dan kurafat ini ditegah dalam agama.

Didorong keuntungan

“Mungkin ada sesetengan karyawan berpendapat bahawa cerita yang dihasilkan adalah untuk hiburan semata-mata. Dengan hanya memanfaatkan unsur ketakutan, mereka terus menengahkan konsep mistik atau jenis hantu kerana keuntungan yang akan diterima lebih tinggi daripada genre-genre yang lain,” katanya.

Menurutnya, Peter Gay menulis dalam buku beliau The Cultivation of Hatred menyatakan, pada setiap abad manusia akan mencipta satu budaya baru.

“Sekiranya mengambil kata-kata Peter Gay, kita dapat lihat semacam satu budaya tidak sihat di Malaysia. Apabila kita ingin mencapai negara maju. wujud golongan yang menanam dan mempopularkan kembali elemen tahyul dan mistik.

“Ini akan memberi satu signifikan yang besar kepada pemikiran masyarakat kita. Maka pemikiran tahyul akan kembali mengambil tempat dalam minda masyarakat,” tambahnya.

Natijahnya, kata Mohd Rezwan, umat Islam akan terpesong daripada akidahnya dan negara tidak mampu menjadi negara yang maju.

“Justeru, adakah kita ingin kembali kepada zaman di mana pemikiran tahyul begitu kuat dalam masyarakat kita ataupun kita ingin melihat masyarakat kita mempunyai pemikiran minda kelas pertama yang sering dislogankkan oleh kerajaan?

Kefahaman mengenai Islam

“Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) amat memandang serius perkara ini, khusunya dalam membina generasi yang mempunyai kefahaman Islam yang tepat dan tidak terpengaruh dengan pemikiran tahyul,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PKPIM mencadangkan agar Majlis Fatwa Kebangsaan dapat menegur filem dan drama mistik dan tahyul yang boleh menjejaskan akidah umat Islam.

“PKPIM juga menggesa agar Lembaga Penapisan Malaysia berperanan dengan lebih proaktif dalam menangani isu ini.

“Masyarakat tidak seharusnya memilih filem hantu dan mistik kerana ia bukan sahaja melalaikan, malah boleh menjejaskan akidah kerana ia berunsurkan tahyul dan kurafat.

“Penguatkuasaan haruslah diambil secara tegas bagi membendung dan menghalang agar pemikiran tahyul ini tidak menjadi batu penghalang kepada masyarakat untuk menjadi generasi Ulul Albab,” katanya.

Sumber asal : http://www.pkpim.net/modules/news/print.php?storyid=699

Komentar pakatan09
Dalam Drama2 berunsur seram yg di tayangkan di tv terdapat unsur unsur yg tak masuk akal contohnya seperti aksi para bomoh atau ustaz yg menghadapi makhluk halus dimana semasa bertarung dgn hantu mereka ada power sehingga boleh mengeluarkan cahaya ditangan bagi membunuh hantu tersebut.Unsur2 ini akan mempengaruhi minda kanak2 dan akan memmberi impak negatif kepada mereka.Kebanyakan drama mistik ini ada persamaan dgn cerita cerita dongeng Jepun naruto dan lain2 lagi. Allahua'lam.

No comments:

Post a Comment