Thursday, February 4, 2010
Tauliah untuk berdakwah perlukah?
Assalamualaikum,
Isu mengenai tauliah hebat di perkatakan orang baik dalam Media elektronik,Majalah,terutama laman web,dan blogger.Penulis merasakan bagi yang berdakwah melalui tulisan sprt di web site & blogger tidak perlu kepada tauliah sebab tak ada enakmen mewajibkan setiap penulis Blogger mengambil tauliah untuk berdakwah. Isu ini ada pro dan kontranya.Kalau penulis ditanya perlukah tauliah dalam kita menyampaikan dakwah? jawapannya :
Dalam era globalisasi lagi mencabar ini,bagi penulis ianya adalah perlu bagi mengawal / mengekang ajaran ajaran yg bertentangan dengan Islam (ajaran sesat).
Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang utama dalam berdakwah.Ilmu adalah asas utama
berdakwah.Kita anggaplah tauliah itu sebagai passport untuk kita menuju kesatu
matlamat.
Kita bersangka baik dengan pihak yang mewajibkannya. Pihak yang berwajib pula perlu berlaku adil,jangan bersikap pilih kasih dimana kroni kroni dilepaskan sedangkan orang yg tak sependapat di ambil tindakan.Tanpa tauliah tidak bermakna kita tidak boleh berdakwah lansung jika kita mampu.Rasullullah,para sahabat,Imam Imam muktabar dimuliakan,dihormati kerana ilmu bukan kerana tauliah.
Sebagai penutup penulis ingin bertanya beberapa soalan untuk sama sama kita jawab.
1.Kalau tauliah wajib bagaimana kita sebagai ibubapa hendak mengajar anak anak mengaji Quran,berdakwah kepada mereka? walau pun logiknya tidak perlu.
2.Kalau tauliah wajib bagaimana dengan ustaz ustazah di sek sek agama,mereka ada kelulusan tapi tak ada tauliah. walau pun logiknya tidak perlu.
3.Kalau tauliah wajib bagaimana dengan saudara 2 kita yang aktif dalam jemaah
tabligh,yg ziarah ketok pintu rumah ke rumah,berdakwah kat surau /masjid.Mereka
tak ada tauliah. Pada logiknya???...
Allahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
topik yang menarik...
ReplyDeleteterima kasih...
ReplyDelete