I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, February 18, 2010

PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN SYIAH



Assalamualaikum,
Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam.

Untuk mengetahui betapa bahayanya ajaran Syiah kepada aqidah, syariah dan umat Islam, perlu kita merenung kembali sejarah silam ke zaman khalifah Islam ketiga, ketika mana gerakan menentang khalifah dan usaha-usaha menggugat perpaduan umat di setiap wilayah yang dikuasai Islam pada masa itu dilancarkan begitu hebat sehingga akhirnya terkorban syahid Khalifah Umat Islam Uthman bin Affan.

Sesungguhnya fahaman Syiah tanpa kita sedari telah merebak di negara yang kita cintai ini.Di Malaysia, kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja'fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syiah dan mengharamkannya dari diamalkan di Malaysia.

Antara negeri yang telah mewarta dan mengharamkan Syiah ;

Selangor : 19 Januari 1998 W.Persekutuan : 3 April 1997

Terengganu : 25 September 1997 P. Pinang : 16 Januari 1997

N.Sembilan : 12 Mac 1998 Kelantan : September 1987

Mereka yang rapuh kefahaman agamanya akan mudah terpengaruh dengan ajaran Syiah.Pada dasarnya mereka menggunakan ayat ayat Quran dan hadis hadis sohih dalam menjalankan di'ayah mereka.Senjata yang paling ampuh mereka gunakan untuk mempengaruh orang ialah dengan memutarbelitkan fakta sejarah khususnya sejarah Rasullullah dan para sahabat.Bagi yang lemah tentang sejarah Islam akan mudah di tarik ke dalam kumpulan mereka.Syiah Imamiyyah mempercayai keimaman dua belas.

Imam 12 bagi Syiah Imamiyyah juga dikenali dengan nama fahaman Isna Ashariah:

1. Ali bin Abu Talib
2. Hasan bin Ali
3. Husain bin Ali
4. Ali bin Husain (Zainal Abidin)
5. Muhammad bin Ali bin Hussin (Muhammad Baqir)
6. Jaafar bin Muhammad (as-Sadiq)
7. Musa bin Jaafar (al-Kazim)
8. Ali bin Musa (al-Rida)
9. Muhammad bin Ali (aljawad)
10.Ali bin Muhammad (al-Hadi)
11.Hasan bin Ali (al-Askari)
12.Muhammad bin Husain (al-Mahdi).Beliau dikatakan
hilang pada tahun 329 Hijrah.


Antara ciri ciri Syiah ialah :
1. Menganggap Imam Imam mereka ma'sum ( bersih dari dosa)
2. Mengamalkan sikap Berpura pura ( al-Taqiyyah )
3. Menyanjung Khalifah Ali secara keterlaluan.
4. Mengkafirkan para sahabat kecuali beberapa orang.
5. Menghalalkan nikah mut'ah
6. Mengkafirkan ahli sunnah
7. Menambah syahadah Ali dalam azan.
8. Menolak ljmak Ulama.
9. Menolak Qias.
10.Menyiksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram.
11.Menghina Isteri-isteri Nabi s.a.w.
12.Menggunakan batu karbala ketika solat.

Untuk penjelasan lanjut tentang Syiah sila lawati :

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html

http://rasuldahri.tripod.com/articles/kka1_tiga.htm

Allahua'lam.

No comments:

Post a Comment