I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 24, 2010

Pendapat Pok Nik & Hj Abdul Hadi tentang maulid Nabi




Pendapat TG Nik Aziz & TG Hj Hadi Tentang Maulid

Written by zain-ys

Sunday, 14 February 2010 22:59 - Last Updated Monday, 22 February 2010 23:40

TG Nik Abdul Aziz Nik Mat komen tentang perarakan Maulid (April 2008): "Orang seronok
dengan berarak, pakai kain songket, angkat sepanduk. Saya rimas tengok. Saya tak pernah
ikut sama berarak atas jalan.."

TG Hj Abd Hadi Awang: "Ingatlah wahai umat Islam. Kita tidak disuruh menyambut kelahiran
Nabi Muhammad s.a.w. Tiada dalil daripada al-Quran mahupun hadis untuk itu. Malah kelahiran
Nabi s.a.w. tidak s.a.w. tidak disambut oleh para sahabat. Apa yang wajib ialah kita menjadi
pengikut nabi Muhammad s.a.w. yang setia dan berpegang kepada ajarannya, beramal dengan
sunnahnya dan mengikut sehingga hari kiamat."

Pandangan TG Hj Abd Hadi Awang:
Download image di sini: http://al-ahkam.net/home/images/stories/maulid_tg_hadiawang_wm.
jpg


Pendapat TG Nik Abd Aziz:
Download image di sini: http://al-ahkam.net/home/images/stories/maulid_tgna_wm.jpg

2 comments:

  1. Saya amat bersetuju dengan pendapat kedua-dua tokoh tersebut.Hal ini demikian kerana sepanjang saya terlibat setiap tahun dengan perarakan maulid tidak ada rasa roh perjuangan yang baginda bawa.Sekali terfikir bejalan berkilometer dengan melaungkan selawat sepanjang jalan sehingga sakit tekak.Selepas tu makan jamuan.Kemudian majlispun selesailah.Tahun depanpun begitu juga.Bukankah lebih elok selawat di atas masjid.Saya pernah berarak maulid di atas jalan raya yang penuh dengan taik lembu.Sambil berselawat sambil mengelak.Tanya rakan-rakan apa pengajaran dan kebaikan dengan berarak maulid...lepas ni makan gulai lembu wakil rakyat sponsor..

    ReplyDelete