Tariqat Naqsyabandi salah satu tariqat yang telah
diharamkan oleh Jakim.
Kununya tariqat Naqsyabandi ada beberapa pecahan. Ada
Naqsyabandi Hallaqi, Naqsyabandi Haqqani, Naqsyabandi
Kadirun Yahya, Naqsyabandi Al-Kholidiah, Haq Naqsyabandi
dan entah apa apa lagi nama yang diberi.Kesemuanya mengaku
berada di atas jalan yang benar.
Setiap dari tariqat ini punyai zikir2 khusus yg di warisi
dari pengasas mereka. Setiap tarikat berbeza kaifiat
zikirnya. Pada era Globalisasi ini mereka berselindung
di atas nama persatuan dan badan badan kebajikan yang
berdaftar supaya aktiviti mereka tidak diganggu oleh
pihak berkuasa agama.
Video 1
Acara Bai'at dengan Syeikh mereka
Lokasi Jakarta Indonesia
Video 2
Acara Bai'at
Lokasi Ipoh Perak
Dewasa ini, diakhir zaman ini, fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku. Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan. Sama ada di zaman awal peradaban Islam di alaf millenium mahupun akan datang. Paparan isu kebanyakannya didedahkan oleh pihak media secara terbuka. Memandangkan ia berkait rapat dengan agama, maka perhatian terhadapnya diberi satu tumpuan.
Isu ajaran sesat bersifat subjektif. Ia memerlukan penjelasan terperinci. Al-Qur’an al-Karim telah mengingatkan kita tentang bentuk kesesatan dari pelbagai sudut. Antaranya, kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitaran sama ada dari teman, perubahan masa dan keadaan.
Definisi ajaran sesat.
Ajaran Salah/Sesat: Merupakan sesuatu ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam tetapi bukan dari ajaran Islam. Bahkan bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya seperti ajaran Taslim, Qadyani, Bahai, Ahmad Laksamana, Hasan Anak Rimau dan lain-lain.
Latar belakang ajaran sesat.
Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.
Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.
Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga meninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Jenis-jenis Ajaran Sesat yang telah di wartakan sesat oleh Jakim.
Terlalu banyak kalau hendak disenaraikan (dikatakan beratus-ratus) saya tiada menjumpai jumlah yang tepat mengenai angka ini. Ini adalah diantaranya.
1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Transcedantel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis37.
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
39. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
40. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
41. Ajaran ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
42. Tarikat Mufaridiah
43. Ajaran Hassan Anak Rimau
44. Tarikat Aurad Ismailiah
45. Ajaran Martabat Tujuh
46. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
47. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
48. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
49. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
50. Ajaran Mohd Nor Seman
51. Ajaran Ayah Pin
52. Ajaran Bahai
53. Al-Ma`unah
54. Ajaran Azhar Wahab
55. Ajaran Hj.Banuar
http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html
Ciri-ciri ajaran sesat.
Setiap sesuatu mempunyai asas atau ciri-ciri tertentu untuk dikenal pasti. Pengenalan terhadap ciri-ciri sesuatu ajaran membantu kita untuk memahami posisi dan jenis ajaran sesat. Bahkan indikasi ajaran atau fahamannya pula bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Antara ciri-ciri ajaran salah atau sesat ialah:
1. Mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya
2. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya
3. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi
4. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi
5. Mengaku memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w
6. Mempercayai semua ajaran adalah sama
7. Mengaku dirinya sebagai wali
8. Mempercayai Gurunya boleh memberi syafaat
9. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk
dan sebagainya yang boleh ditakrifkan membelakangkan agama Islam.
Penutup.
Kita semua umat islam, perlu berpegang teguh dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, iaitu menggunakan disiplin dan metodologi yang jelas dalam memahaminya. Sebarang pentafsiran al-Qur’an perlu merujuk mufassirin. Manakala huraian hadith perlu merujuk kepada muhaddithin.
Inilah dunia hari ini yang semakin menuju ke gerbang kiamat, segala yang dinyatakan oleh Nabi SAW semakin hari semakin terpapar di skrin mata manusia. Masihkah kita leka dengan kehidupan yang akan habis ini? Bagaimanakah keadaan sekeliling kita yang sentiasa menumbuhkan pemikiran-pemikiran sesat? Inilah tanda-tanda kiamat.Kepada yang sudah tersesat, pulanglah ke pangkal jalan. Sesungguhnya dosa mensyirikkan Allah adalah dosa yang tidak terampun.
Peringatan ini anda semua dan diriku ini sendiri.
Sumber dan diolah disini.
http://zikrihusaini.com/ajaran-sesat-di-malaysia-semakin-parah/
Yang mau mengetahui tentang apa itu tarekat silahkan berkunjung ke http://ayahanda-guru.blogspot.com
ReplyDeleteDisini juga ada sebuah lamam web yang bagus untuk kita baca : http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=13&t=8749
ReplyDeleteSalam,menurut Dr Asri dalam bukunya MENILAI TARIKAT dan KESUFIAN dengan SYARIAT ALLAH beliau memberi beberap faktaor kenapa tariqat sufi taswuf menyeleweng dri syariat islam yg sebenar.Antaranya ialah 1. Sikap tidak bertanggungjawab terhadap fakta-fakta mengenai Islam.2.Kecacatan Dalam Manhaj al-Talaqqi (Kaedah Sumber dan Cara Mengambil Maklumat Agama).3. Membuat Tafsiran-tafsiran Pelik Terhadap Nas-nas Agama.4.Melampau Atau Ghulu Dalam Memuliakan Syeikh atau Guru.
ReplyDeleteUntuk lebih detail ttg tulisan beliau sila lawati web diatas. Allahualam,
Salah satu pembohongan fakta yg dilakukan oleh kebanyakan pengikut sufi/tasawuf ialah mereka mengklaim bahawa Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat adalah ahli sufi & tasawuf
ReplyDeletekalian ilmunya pada cetek/dangka/ semua dasar orang-orang wahabbi salafi.memang benar dizaman nabi tu ngga ada tasauf atau sufi sama hadis,fiqih,dijaman nabi itu belum ada belum disusun tapi perilaku beliu kesederhanaan,zudud sudah di lakukan.sekarang saya tanya pada kalian nabi sebelum menerima perintah sholat belou ibadahnya apa,terus dia di gua hirou ngapain?
ReplyDeleteNak Tanya tuan, dia pergi ke gunung hirak sblm Islam atau sesudah islam????
DeleteNak Tanya tuan, dia pergi ke gunung hirak sblm Islam atau sesudah islam????
DeleteIslam terbina dari dasar Iman,Islam, Ihsan.Iman itu Aqidah, Islam itu Syariah, dan Ihsan itu ialah Thamarah(hasil)dari amal dan aqidah. Apa itu al-Ihsan? al-Ihsan itu dua, kata Nabi.Ini hadits Sohih. 1. Mengabdi diri kannaka taroohu. seakan kamu melihat Allah. jika tidak sampai, maka 2. ketahuilah, Fainnahu Yarooka. Allah melihat kamu. Kelompok zahiriyah yg berfahaman spt Tuan, tidak akan dapat memahami, perbedaan antara yg pertama iaitu (al-Musyahadah) dan yg kedua itu sebagai al-Muroqobah.Ia memang ada dalam Syariat Islam itu sendiri. Sempurnanya Islam kita, ialah dgn sempurna iman, Islam ibadah dan mencapai al ihsan. hari ini, kebanyakan kita hanya mengiktiraf Iman,(aqidah) Islam(syariah) tanpa mengenal atau mendapat Hasil dari akidah dan syariah iaitu al-Ihsan.maka, sebenarnya tidak sempurna kerangka Islam kita,tetapi, apa hendak dikata, ini kan akhir zaman, ramai pemberi Fatwa, tetapi jahil dgn hakikat ilmu, ilmu tiada ruh ilmu,syariat tiada ruh syariah. Fa aftaw bigairi ilmi, fadhollu, wa adhollu..Hadis nabi berkait dgn pemberi fatwa. dan ini sedang berlaku, Benarlah sabda Nabi s.a.w.
ReplyDelete