I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 23, 2010

Perbezaan antara khilaf dan bid'ah



Assalamualaikum,
Mudah mudahan Saudara saudaraku seIslam dirahmati Allah semuanya.
Alhamdulilah,pada Jumaat lepas saya berkesempatan bersolat Jumaat di Masjid Jamek Skudai Baru berhampiran dengan Hotel Good hope dan berhadapan dengan kedai MPJBT yang disewa oleh isteri Saya.Apa yang hendak Saya kongsi bersama disini ialah mengenai isi khutbah Jumaat yang ditulis oleh pihak Jabatan Agama dan dibaca teksnya oleh Imam Masjid tersebut.Tajuk khutbah pada hari tersebut ialah mengenai Khilaf (perselisihan)dan perkara bid'ah dalam agama.Pada awalnya isi khutbah tersebut agak baik dimana permulaanya diterangkan bahawa kita ummat Islam wajib menjaga perpaduan sesama kita dan jangan menimbulkan masalah yang boleh menyebabkan kekecohan dan kekeliruan terutamanya dalam soal soal yang berkaitan dengan perkara ibadah atau amalan.Disitu Imam mengajak kita supaya jangan terlalu taksub kepada pendapat satu Mazhab sahaja tanpa mengambil kira dan menolak pendapat Mazhab lain.Menurut Sang Imam lagi setiap Imam Mazhab adalah Mujtahid(mampu menarik sesuatu hukum)dan mereka mempunyai hujjah masing masing dalam mengemukakan sesuatu hukum dalam Islam.Kalau Ijtihad mereka benar dapat satu pahala dan kalau salah tetap berpahala sebab mereka telah bersungguh sungguh dalam mencari sesuatu hukum yang tiada nas dalam Quran dan hadis.Ummat Islam tidak boleh mencela mereka dan tidak beradab dalam mengemukakan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan apa yang telah di pegang dan diamalkan selama ini dan harus menghormati mereka sebagai Imam Imam dalam golongan ahli Sunnah.Tidak sepatutnya timbul kata kata itu Mazhab Maliki,Hanbali,Hanafi kita Syafii tidak boleh bertaqlid kepada mereka kerana berlain Mazhab.Kemudian bila ada amalan yang kita lihat bercanggah dengan apa yang kita dapati selama ini jangan juga ada kata kata "lain macam aje tu,(bahasa penulis)Mazhab mana yang dia ikut" dan sebagainya.Secara keseluruhannya isi khutbah agak bagus,cuma ada 2 perkara sahaja yang hendak penulis komentar sedikit iaitu:
(1).Setelah isi paragraph pertama menyeru kita supaya jangan taksub kepada satu Mazhab saja tiba tiba pada ending paragraph pertama ditutup atau dikunci oleh penulis khutbah dengan ayat"walau pun kita tak boleh taksub kepada satu Mazhab namun kita wajib mengikuti apa yang pemerintah setempat tetapkan dalam persoalan Mazhab (tetapi tidak dijelaskan perkara yang telah digazetkan oleh pemerintah setempat)dan saya berkeyakinan perkara tersebut adalah Enakmen Jabatan Agama Johor iaitu Negeri Johor adalah berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah(Mazhab Syafii.)Kalau kita lihat disini semacam ada pertentangan dimana pada permulaan di suruh jangan taksub kepada satu satu Mahzab sahaja tetapi kemudian dikunci dengan kata kata "Ahli Sunnah (Mazhab Syafii)".Ini seolah olah mereka mewajibkan orang orang Johor supaya berpegang kepada Mazhab Syafii sahaja.Cuba kita fikiran fikirkan bersama.

(2). Komentar penulis ttg kekeliruan si penulis khutbah sendiri mengenai perkara khilaf dan bid'ah yang mana penulis khutbah mengatakan jangan kita mudah menghukum sebagai bid'ah,kurafat dan syirik setiap amalan khilafiah yang telah sepakat penduduk setempat lakukan sejak dari zaman nenek moyang mereka,dan sekali lagi penulis khutbah tidak berikan walau pun satu contoh mengenai apa yang dimaksudkan perkara (amalan khilaf) yang telah disepakati itu.Sekali lagi penulis berkeyakinan yang dikatakan amalan khilaf itu contohnya ialah,Tahlil dan kenduri arwah,Merhaban dan berzanji,bacaan surah yassin malam Jumaat,sambutan Maulid Rasul,Isra'Mi'raj, Nisfu Sya'ban,awal Muharram doa akhir tahun awal tahun dan banyak lagi yang penulis tidak sebutkan disini.Kalau itulah amalan khilaf yang dimaksudkan oleh penulis khutbah,sayugia penulis katakan itu adalah satu kekeliruan dalam memahami masalah khilaf dan bid'ah dimana bid'ah dikatakan khlilaf dan begitulah sebaliknya.Seperkara yang hendak penulis sentuh disini ialah mengenai persepsi yang tidak tepat pihak pihak tertentu yang menyatakan sejak kebelakangan ini ada golongan yang kerjanya tidak lain asyik membid'ah,mengkurafatkan dan mesyirikan orang yang telah lama berpegang erat kepada amalan tradisi turun temurun dalam ceramah ceramah,website dan blogger blogger.Disini penulis akui bahawa kita tidak boleh menuduh orang sembarangan tanpa bukti(hujjah) yang kukuh kerana di takuti nanti tuduhan itu akan terpantul balik kepada si penuduh.Kita dilahirkan didunia ini bukan semata mata untuk menghukum orang yang tidak sependapat dengan kita.Tugas utama kita ialah sebagai khalifah Allah untuk membimbing diri kita,anak anak dan isteri isteri kita seterusnya masyarakat kearah Aqidah yang murni dan jalan yang diredai oleh Allah s.w.t. Dalam mel mel yang penulis hantar seringkali penulis katakan antara menerangkan/menyatakan hukum dengan menghukum adalah sesuatu yang berbeza.Perkara ini harus difahami supaya kita tidak berperasangka buruk kepada mereka mereka yang benar benar ikhlas ingin membawa kita kejalan yang lurus sebagaimana yang sering kita pohon "ihdinasshiratal mustaqim ".

Mengenai pendapat kebanyakan dari kita samaada kita layak atau tidak untuk berdakwah sedangkan tiada tauliah,Ijazah,Master,Phd dalam bidang syariah bagi penulis itu bukanlah perkara utama.Kalau tauliah,Ijazah,Phd menjadi sesuatu yang wajib dalam kita berdakwah,penulis bertanya...bagaiamana pula dengan Rasulllulah,para sahabat,Imam Imam Muktabar adakah mereka punyai semuanya itu? cuma penulis tidak menafikan semuanya itu dizaman penuh cabaran ini ianya penting juga tetapi bukanlah di jadikan perkara utama.Orang yang bersungguh sungguh untuk mencari ilmu dan berdamping dengan orang orang yang berilmu Allah akan meninggikan darjat mereka.Setiap dari kita wajib menyampaikan apa apa yang kita ketahui mengenainya.Tak boleh menyembunyikan ilmu yang kita ketahui sebagaimana pendita pendita Yahudi, akibatnya akan dilaknat oleh Allah s.w.t. Allahua'lam.

Pada kesempatan ini penulis copy & pastekan sebuah artikel mengenai perkara khilaf dan bid'ah supaya dapat di fahami dengan lebih jelas lagi.

ANTARA KHILAF DAN BIDAAH

Saya kira ramai yang terkeliru antara khilaf dan bid'ah. Lantaran terkeliru, maka agenda perbincangan sudah lari. Bid'ah ialah innovasi, penciptaan, rekaan amalan atau ibadah yang tidak bersandarkan di atas dalil atau nas dari Al-quran dan al hadith di dalam perkara ibadah di dalam agama sahaja. Khilaf ialah perbezaan pendapat oleh ulama' fiqh mengenai amalan-amalan tertentu yang berdasarkan dalil atau nas dari Al-quran dan hadith sahih.

Beza antara keduanya jelas di mana satu merujuk kepada dalil atau nas dan satu lagi tidak merujuk kepada mana-mana dalil atau nas. Contohnya Qunut itu secara umumnya bukan bid'ah kerana diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.( rujuk Qunut Nazilah& Qunut witir) cuma para ulama' fiqh berbeza pendapat samada ia perlu diamalkan atau tidak, merujuk kepada situasi, masa dan keadaan.

Manakala amalan ataupun sambutan nifsu sya'ban itu bid'ah kerana tiada dalil atau nas yang sahih mengenainya. Kalau ada dalil pun ianya dari hadith lemah atau palsu. Tiada takrifan bid'ah hasanah dalam IBADAH.Perkara khilaf dalam perbincangan perlu berhati-hati. "Perselisihan faham dalam perkara furuk fiqah tidak boleh dijadikan sebab berlakunya perpecahan agama, juga janganlah ia membawa kepada perbalahan, kemarahan antara satu sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya. Tiada halangan jika dilakukan pengkajian ilmiah yang adil dalam masalah yang diperselisihkan ini yang dilakukan dalam naungan perasaan kasih mengasihi kerana Allah, bantu membantu untuk sampai ke hakikat yang sebenarnya, tidak membawa kepada perbahasan yang dikeji dan perasaan taksub."

"Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa amal adalah antara takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak..." Dalam perkara bid'ah pula, "Setiap perkara bid'ah dalam deen Allah yang tidak ada asalnya walaupun diperelokkan oleh manusia dengan nafsu mereka dengan menambah atau mengurangkan, adalah kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan CARA YANG TERBAIK yang tidak membawa merebaknya perkara yang lebih buruk dari itu." Perlunya mengetahui adab-adab ikhtilaf dalam Islam bagi mengelakkan perbalahan.

1.Imam As-syafi'e tidak membacakan qunut subuh ketika mengimami anak murid imam Malik r.a.
2.Bagi mereka yang sudah mengerjakan ibadah haji, mengambil pandangan Mazhab Hanbali yang menyentuh perempuan bukan mahram tidak membatalkan wudhu' ketika menunaikan ibadah haji berdasarkan kepada dalil Quran,sunnah & pendapat ulama muktabar.
3.Saksi nikah di malaysia yang mensyaratkan saksi yang adil, tidak fasik, dan sebagainya menyebabkan sukarnya orang lelaki hendak berkahwin, lalu kita mengambil pandangan Hanafi untuk memudahkan proses walimah itu sendiri. Ramai yang keliru samada bolehkah kita mengambil pandangan Mazhab lain.

Di Malaysia sendiri pun bukanlah Mazhab SYAFI'E YANG TULEN. Semuanya sudah bercampur aduk.Konsep talfiq dalam masalah fiqah perlu diketahui.Talfiq ialah kita bertaklid (menurut) kpd seorang Imam/fuqaha' dalam satu masalah dan kemudian bertaklid kpd Imam lain dalam masalah yg lain pula.Sebahagian ulamak menentang konsep Talfiq.
Jika orang yg bertalfiq itu bertujuan mencari hukum yg paling ringan dan mudah atau bertepatan atau disukai oleh hawa nafsunya tanpa mengira dalil, maka hukumnya adalah tidak harus. (Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Vol 2 bab Usyuldan Qaedah).

Al-Qardhawi berpendapat tidak harus seseorang itu bertalfiq. Manakala, ulamak salaf berpendapat adalah fasiq bagi mereka yang mencari rukhsah (keringanan/ kemudahan) daripada mazhab-mazhab lain tanpa mengetahui dalil.. Al-Qardhawi mengemukakan dalil di bawah Dalil: And We shall remove from their hearts any lurking sense of injury: (they will be) brothers (joyfully) facing each other on thrones (of dignity). There no sense of fatigue shall touch them, nor shall they (ever) be asked to leave.Tell My servants that I am indeed the Oft-forgiving, Most Merciful; (Surah An-nur:47-49)

Walaubagaimanapun tidak dikira hukum talfiq bagi seseorang pengkaji yg mencari pendapat Imam yg paling kuat mengikut penilaian hatinya. Misalnya, bersentuh perempuan tidak membatalkan wudhu' berdasarkan kepada dalil dalil yang kuat (ikut hujah Imam Hanbali) kemudian ikut Imam Syafi'iy yg menyatakan tidak batal wudhu' jika keluar darah; kemudian pula mengikut maliki di mana air tidak menjadi najis selagi tidak berubah bau, warna atau rasa.

"Setiap Muslim yang tidak sampai kepada martabat ijtihad dalam mencari dalil hukum Islam yang furuk hendaklah mengikut kepada pegangan salah seorang dari imam-imam Mazhab Islam. Menjadi elok lagi kepadanya ketika mengikut Mazhab itu jika ditambah dengan usaha yang sedaya upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. Dia hendaklah menerima segala petunjuk yang disertakan dengan dalil, ketika diyakini kesahihan dan kebolehan orang yang memberikan petunjuk itu kepadanya. Dia hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada pada dirinya sekiranya dia di kalangan ahli ilmu sehinggalah dia sampai ke peringkat al-nazar (ijtihad hukum). Untuk berijtihad seseorang mujtahid perlu ada perkara berikut yang disebut dalam kitab-kitab usul:
1.Al-Ilmu bil dilalat: Dalil-dalil daripada Al-quran,hadith dan ijmak ulamak
2.Mengetahui setiap makna yang zahir dan yang tidak zahir: Makna zahir umapamanyam al-saiyyarah iaitu kenderaan. tetapi di dalam ayat "yal ta qid baqd as saiyyarah" maksudnya satu rombongan
3.Al-Ilmu bil Mustytarak: Contohnya perkataan Al-ain.Ia boleh bermaksud mata,minuman keras, gundek, mata air atau lembu jantan
4.Wal 'Am wal khas:Dalil 'am umpamanya,maksud daripada hadith rasul"Sesiapa yang mengucapkan dua kalimah syahadah akan masuk syurga". Dalil khas pula umpamanya.maksud dari sabda Rasulullah S.A.W bahawa baginda akan memerangi manusia; khusus kepada kafir quraisy Mekah.
5.Wal mutlak wal muqaiyyad: Contoh mutlak,umapamanya Allah memerintahkan supaya membebaskan hamba. Contoh muqaiyyad,di ayat yang lain Allah perintahkan hamba yang beriman. Jadi hukum membayar kifarat hendaklah memerdekakan hamba yang beriman.
6.Wal manthuq wal mafhum: Contoh manthuq,jangan kamu hampiri zina. Mafhumnya, hukum berzina adalah haram.
7.Dalil suruhan dan dalil larangan: Dalil suruhan,iaitu setiap suruhan yang disuruh melakukannya samada wajib,sunat dan harus. Larangan iaitu haram dan makruh.
8.Wal nasikh wal mansukh: Nasikh ,hukum yang sudah tidak dipakai. Mansukh hukum yang turun sebagai gantinya.
9.Hukum ketika berlawanan dalil: Contoh: Edah perempuan yang mengandung ialah hingga bersalin. Edah kematian suami 4 bulan 10 hari. Dua dalil yang berlawanan. Jadi, jika perempuan mengandung kematian suami, maka edahnya 4 bulan 10 hari dan disambung lagi hingga lepas bersalin.
10.Adat resam orang-orang arab dan hubungan syariat dengan masyarakat orang-orang arab
11.Asbabul nuzul quran: Mengerahui sebab-sebab turunnya ayat al-quran
12.Sebab-sebab hadith disabdakan
13.Wal matnu wal sanadu: Matnu,iaitu hadith sanad, iaitu ilmu yang berhubung dengan ahli-ahli rawi.
14.Mengetahui dengan lengkap nahu-nahu bahasa arab
15.Mengetahui bahasa daerah suku-suku kaum arab.

Allahua'lam

Diubahsuai dengan sedikit tambahan.

Komentar dari saudara saudara penulis alu alukan.

Pakatan09

No comments:

Post a Comment