Tuesday, September 28, 2010
Tawassul wasilah antara sunnah dan bidah
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Apabila manusia dirundung pelbagai masalah dalam kehidupan dan seolah-olah tiada insan lain yang ingin menghulurkan bantuan untuk mengharungi kedukaan tersebut, janganlah merasa gelisah kerana sesungguhnya Allah S.W.T. sentiasa berada bersama kita dan mendengar doa permohonan hamba-hamba-Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda: Doa adalah ibadah. (Lalu baginda membaca ayat): Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” [Hadis riwayat Imam al-Tirmdzi]
Menerusi hadis di atas dapat kita perhatikan bahawa doa itu termasuk dalam perkara ibadah. Justeru wajib doa itu dimohonkan ikhlas hanya kepada Allah S.W.T. dan tatacara doa itu hendaklah mengikuti apa yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w. Maka timbul pertanyaan bagaimanakah amalan tawassul yang diamalkan oleh segelintir manusia yang berdoa menerusi perantaraan zat atau kemuliaan Nabi s.a.w. ataupun orang-orang soleh yang telah meninggal dunia? Adakah tatacara ini bersesuaian dengan Sunnah Nabi s.a.w. seperti tanggapan sesetengah pihak?
Makna tawassul secara mudah adalah mengambil suatu perantaraan yang boleh menyampaikan seseorang kepada tujuannya. Oleh itu sesetengah pihak beranggapan, sesuatu doa itu akan lebih mudah untuk dimakbulkan sekiranya kita menjadikan Nabi s.a.w. atau mereka yang dianggap wali sebagai perantaraan dalam doa tersebut. Sebagai contoh di antara lafaz-lafaz doa tawassul tersebut adalah “Ya Allah, dengan hak Nabi-Mu atau dengan kemuliaan Nabi-Mu maka perkenankanlah doa ku…” atau “Ya Allah dengan kemuliaan wali-Mu Syaikh Abdul Qadir al-Jailani perkenankanlah doaku…”. Malah ada yang lebih melampaui batas sehingga membenarkan berdoa kepada Allah menerusi perantaraan kuburan-kuburan para Nabi-Nabi dan wali-wali.
Para ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah telah membahagikan tawassul ini kepada dua jenis. Pertama, tawassul yang selari dengan syarak, iaitu bertawassul dengan wasilah (perantaraan) yang benar, wasilah yang berupaya untuk menghantar keinginannya (kepada Allah S.W.T). Kedua, tawassul yang tidak dibenarkan iaitu bertawassul kepada Allah S.W.T. dengan dengan sesuatu yang tidak ditetapkan sebagai wasilah oleh syarak,contohnya bertawassul dengan orang yang telah mati.
Selanjutnya sila klik : http://akob73.blogspot.com/2009/10/tawassul-antara-sunnah-dan-bidah.html
Thursday, September 23, 2010
Mengkhususkan membaca surah Yasin pada malam Jumaat
Tiada Di Zaman Nabi Muhammad S. A. W & Sahabat
(oleh Ustaz Mohd Kamil Abd Majid)
Kita lihat secara umum pada hadis hadis dan juga sunnah Rasulullah S. A. W. Sebenarnya dalam hadis-hadis Nabi ada gesaan supaya orang Islam membaca Al-Quran. Yang berlaku pada zaman Rasulullah S. A. W dan juga para sahabat, kebanyakan mereka tidak menumpu kepada bacaan bacaan tertentu sahaja. Budaya yang berlaku pada masa itu ialah kebanyakan para shabat mengkhatam Al-Quran sebulan sekali, ada yang mengkhatam Al-Quran pada setiap tujuh hari, tiga hari sekali, setiap hari, malah ada yang boleh mengkhatam Al-Quran dua kali sehari.
Oleh sebab itu budaya pada waktu itu lebih kepada budaya membaca Al-Quran secara keseluruhannya. Tetapi tidak dinafikan ada hadis hadis Rasulullah S. A. W yang menyatakan kelebihan-kelebihan ayat tertentu. Misalnya ayat ayat akhir surah Al-Baqarah, daripada ayat "Aamanar rasuulu bimaa unzila ilaihi min rabbihi walmukminun. . . " seperti yang selalu kita wiridkan selepas sembahyang . Ada kelebihan Surah Yasin, Surah Al-Kahfi, Surah Ad Dukhan dan surah surah yang lain.
Jadi kita tidak nampak dalam budaya di zaman Rasulullah S. A. W dan para sahabat yang hanya menumpukan Surah Yasin pada malam Jumaat semata-mata. Ertinya pada malam Jumaat itu kelebihan membaca surah Al-Kahfi dan surah surah yang lain pun ada. Kita nampak disini dalam tradisi masyarakat Melayu di Nusantara ini membaca Yassin pada malam Jumaat, pada hemat saya ini mungkin merupakan amalan yang dilakukan oleh sebahagian daripada tareqat tareqat tasawuf pada waktu itu.
Tetapi walau bagaimanapun kita tak boleh mengatakan salah membaca Yasin pada malam Jumaat, sebab pada malam Jumaat itu elok dibaca Al-Quran. Cuma yang tidak baik dari segi hukum apabila masyarakat mewajibkan Yasin itu pada malam Jumaat, sehingga tidak langsung membaca surah surah lain.
Jadi untuk kita kembali kepada ajaran yang ditunjukkan oleh Rasulullah S. A. W, tidak perlulah menetapkan secara khusus bahawa Yasin adalah pengkhususan untuk dibaca pada malam Jumaat sahaja. Demikian juga dengan soal membaca ketika orang meninggal dunia atau selepas meninggal dunia. Tidak ada nas yang sahih bahawa surah Yasin sahaja yang perlu dibaca.
Bahaya Kalau Ia Menjadi Ik'tiqad
(oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin)
Antara persoalan yang timbul berhubung dengan bacaan Yasin pada malam Jumaat:
"Adakah ia pernah wujud pada zaman Rasulullah S. A. W dan para sahabat atau ia sesuatu yang tidak pernah berlaku pada zaman mereka?"
Terlebih dahulu saya katakan Yasin adalah salah satu daripa surah surah Al-Quran. Al-Quran boleh dibaca pada apa apa malam dan apa apa ketika sekalipun. Namun keadaan berbeza apabila seseorang berik'tiqad bahawasanya Yasin mestilah dibaca pada malam Jumaat atau mempercayai hanya membaca Yasin pada malam Jumaat mempunyai khasiat atau kelebihan tertentu.
Jika soalannya "Adakah membaca Yasin pada malam Jumaat di suruh oleh agama dengan kelebihan-kelebihan tertentu, atau dijamin dengan kelebihan dan pahala tertentu, maka saya katakan bahawasanya disana tidak ada satupun hadis Nabi yang mengkhususkan bacaan Yasin pada malam Jumaat. Bahkan hadis yang diriwayatkan daripada Imam Muslim:
Nabi S. A. W Bersabda:
"Janganlah kamu khaskan malam Jumaat itu dengan satu solat yang tidak ada pada malam-malam lain"
Demikianlah, solat sendiri pun tidak ada solat khas pada malam Jumaat. Demikian juga tidak ada bacaan khas pada malam Jumaat, melainkan apa yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Imam Baihaqi, dan hadis ini disohihkan oleh para ulamak hadis.
Baginda menyebut:
man qara-a suuratul Al-Kahfi sato'a lahum nuuurun min tahta qdamiyi ila'anaamis samaa'e
Maksudnya:
"Siapa membaca suratul Al-Kahfi maka terpancar cahaya dari tapak kakinya sehinggalah ke langit. "
Ini surah Al-Kahfi, pada malam Jumaat. Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dijanjikan pahala yang sebegini. Namun untuk surah Yasin tidak ada pengkhususan demikian . Oleh itu sesiapa yang ingin membaca Yasin pada malam jumaat atau pun selain daripadanya, hendaklah dia tidak mengiringnya dengan apa-apa iktiqad, dan tidak boleh mempercayai bahawasanya Yasin mesti dibaca pada malam jumaat. Dia boleh membaca Yasin pada malam jumaat , dia boleh membaca Yasin pada malam sabtu, dia boleh membaca Yasin pada malam ahad, dia boleh membaca Yasin pada siang dan malamnya-tidak ada sebarang perbezaan.
Meletakkan kaifiyat ataupun fadhilat, sedangkan ia tidak ada dalam hadis nabi adalah suatu dakwaan terhadap agama dengan sesuatu yang tidak ada dalil, iaitu mendakwa seolah-olah Allah SWT menjamin satu pahala , sedangkan Nabi SAW dan Allah SWT sendiri tidak pernah menyatakannya. Sesungguhnya dalam masalah agama atau membuat tambahan dan rekaan sesuatu yang tidak pernah ada atau tidak pernah dinyatakan oleh Rasullullah.
Seorang lelaki datang kepada Imam Malik bin Anas, (seperti yang disebut oleh Imam Syatibi dalam kitabnya al-I'tisaam) dia berkata, wahai Abu Abdillah , dimanakah aku patut memulakan ihram untuk haji dan umrah?"Imam Malik menjawab, "Engkau mula di Zu Hulaifah, tempat Rasullullah SAW memulakannya. "Kata lelaki itu, "Aku ingin berihram dari masjid (iaitu masjid nabi). Kata imam malik, "Jangan. "Kata lelaki itu"Aku ingin berihram bemula daripada kubur Nabi SAW . "kata Imam Malik, "Jangan, aku bimbang ditimpa kepadamu fitnah.
Kata Lelaki itu, wahai imam, apa fitnah? Ia adalah penambahan kepada jarak sahaja. yang aku tambah. yakni dengan aku menambahkan pahala Walau bagaimanapun aku tetap berihram dan akan melalui Zu Hulaifah . tempat masjid Nabi ataupun kubur Nabi sesuatu yang baik apa salahnya. "
Dengarlah jawapan imam Malik dalam masalah ini.
Katanya :
"Apa kah lagi fitnah yang lebih besar apabila engkau menganggap dirimu mendahului satu kelebihan yang mana Rasullullah telah menguranginya."
Maksudnya :
"Apabila engkau merasakan engkau menambah suatu perkara dalam agama yang engkau mendapat pahala sedangkan Nabi tidak pernah melakukannya. Seolah-olah engkau menyaingi dan mendahului baginda SAW, sedangkan aku mendengar Allah SWT berfirman, maksudnya: maka jaga-jagalah orang-orang yang menyanggahi arahan Rasul, jangan sampai ditimpa kepada mereka fitnah, dan ditimpakan mereka azab yang pedih."
Menentukan hari tertentu dengan bacaan tertentu , cara tertentu memerlukan dalil daripada al-Quran atau Sunnah Nabi SAW. Meletakkan khasiat, kelebihan atau fadhilat dengan bacaan tertentu. ataupun meletakkan jaminan pahala apa yang tidak pernah dijamin oleh Allah SWT dan RasulNya ialah dakwaan agama. , dan terhadap Allah dan Rasul, janji ynag dibuat kepada seseorang sedangkan janji ini tidak ada sesiapa yang berhak melakukannya melainkan manusia yang diturunkan wahyu, iaitu Rasullullah SAW.
Merujuk kembali kepada soalan yang dikemukakan-apakah bacaan Yasin dikhususkan pada malam jumaat - saya menyatakan ia tidak di khususkan pada malam jumaat , bahkan tidak patut seseorang beriktiqad mesti malam jumaat.
Dukacita sebahagian tempat mereka begitu terikat dengan perkara ini. kadangkala kita dijemput untuk berceramh atau memberi kuliah disesuatu tempat, kalau kita ingin hadir pada malam jumaat mereka tidak membenarkan.
Kata mereka "tidak boleh, kerana malam ini bacaan Yasin. "kita katakan. "tukar kepada malam esok bacaan Yasin , kerana saya ada ruang pada malam ini. "Dia kata , "tak boleh, malam esok orang tak boleh baca Yasin. "
Ia sudah menjadi suatu iktiqad. Inilah ancaman ataupun bahaya apabila kita mengaitkan sesuatu sedangkan ia tidak mempunyai dalil. Dan siapalah yang akan bertanggungjawab di akhirat esok atas dakwaan-dakwaan yang dikemukakan ini. Saya nasihatkan kepada kita semua: berhati-hati dalam mendakwa sesuatu untuk disandarkan kepada agama. Maka sesiapa yang ingin membaca Yasin dia boleh meneruskannya, kerana ia surah daripada al-quran tetapi hendaklah di tidak mengkhususkannya pada malam-malam tertentu sahaja.
Berikutnya kita juga perlu nasihatkan orang ramai - Sesungguhnya al-Quran bukan sahaja Yasin. Sesetengah orang melayu seakan-akan tidak ada bagi mereka Quran melainkan Yasin . Sedangkan Al-quran begitu luas. Banyak lagi surah yang patut mereka baca. seperti hari Jumaat dalam hadis tidak diperuntukkan Yasin tetapi diperutukkan surah Al-Kahfi. sepatutnya mereka membaca surah Al-Kahfi , kerana nabi menjamin diampun orang yang membaca surah Al-Kahfi diantara dua jumaat. Maka kalau dia membaca surah Al-Kahfi , itu ada di dalam hadis Nabi SAW.
Memperuntukkan yang seperti ini , sehingga sebahagian orang melayu membaca Yasin tanpa mengambil faedah dan kefahaman daripadanya. Ramai daripada orang kita , dukacita dinyatakan, disamping kita menghormati hasrat baik mereka usaha mereka dan niat baik mereka, tetapi kita menasihati mereka juga. Ramai yang membaa Yasin sudah puluhan tahun, barangkali sudah 30 atau 40 tahun tetapi kalau kita Tanya apa makna yang terkandung dalam surahYasin, apakah pengajaran Allah yang terkandung dalam surah Yasin, apakah yang Allah minta daripada tuntuntan berpegang kepada agama. Daripada tuntutan untuk mengingati kebesaran Allah , mereka tidak mengingatinya. Bahkan sebahagian mereka mementingkan "Air Yasin" lebih daripada mementingkan ayat Yasin sendiri.
Maka marilah kita mengubah sikap dan pandangan kita terhadap surah-surah Al-quran, supaya kita dapat melihat al-Quran dengan dengan syumul dan lengkap keseluruhanya seakli. tidak tertumpu hanya kepada surah-surah tertentu sahaja.
http://afis7896.blogspot.com/2008/08/membaca-yasin-di-malam-jumaat.html
Tuesday, September 21, 2010
Benarkah kucing kesayangan Nabi?
Salam
Saya sekadar ingin tahu apakah dalilnya bahawa kucing merupakan binatang kesayangan Rasulullah SAW, sebab setakat ini saya belum berjumpa dengan bukti ini di dalam mana2 buku2 Sirah Rasulullah SAW yang saya miliki sekarang.
Wassalam
Salam,
Tidak ada nas yang sarih mengenai kucing binatang kesayangan baginda S.A.W.
tetapi banyak hadith sahih dlm bukhari dan muslim menceritakan amaran baginda S.A.W dlm hal manusia memperlakukan binatang dgn kejam. Seorang wanita dimasukkan ke dlm neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberi makanan & minuman kpd kucing tersebut lalu kucing itu mati kelaparan. (Sahih Bukhari dan Muslim)
Dlm Sunan Abu Dawud menceritakan perihal kucing;
Dawud Ibn Salih Ibn Dinar At-Tammar berkata bahawa ibunya telah melihat seorang perempuan menghantar harisah kepada Aisyah yg tengah mendirikan solat. Dia mengisyaratkan menyuruh meletakkan ke bawah. Kmdn seekor kucing datang dan makan sedikit darinya, tetapi setelah Aishah selesai bersolat dan makan pada tempat yg diminum oleh kucing itu...(dan seterusnya).
Kisah Abu Hurairah
Nabi memberi kunyah (gelaran) kpd sahabat beliau kerana mengasihi kucing. Namun demikian, bukanlah itu menunjukkan bahawa kucing satu2nya binatang yg wajar diperlaku dgn baik.
Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).
Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.
Wallahua'lam.
Wassalam
Sumber : http://qasoaljawabpelbagai.blogspot.com/2008/12/benarkah-kucing-binatang-kesayangan.html
Monday, September 20, 2010
Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Subscribe to:
Posts (Atom)