Video 1
Video 2
Video 3
Kesimpulan dari ceramah Dr Asri:
1.Menasihati pemerintah adalah menjadi tanggungjawab para ulamak.
2.Menasihati pemerintah hendaklah dengan cara hikmah dan bijaksana.
3.Menasihati pemerintah hendaklah dengan empat mata bertemu pemerintah,bukanya
di belakang pemerintah seperti mengadakan ceramah umum kemudian mencaci maki
pemerintah.
4.Penuntut ilmu tidak harus meyibukan diri dengan menasihati pemerintah.Tugas
mereka adalah mencari ilmu dan terus mencari ilmu.
Sunday, May 23, 2010
Friday, May 21, 2010
Perkembangan Al Aqram selepas diharamkan

PERSEMBAHAN pantomin Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya ketika konsert di Bandar Country Homes, Rawang, Isnin lalu.
Selepas pengharaman Jemaah Al Arqam ramai dari kalangan kita yang tidak mengetahui akan perkembangan Jemaah tersebut,sehinggalah di saat kematian pemimpinya Abuya Asya'ari.Ini disebabkan oleh kekurangan info dari pihak berkuasa agama kepada masyarakat Islam.Selepas Al Arqam di tukar ke Rufaqa kemudian & yang terbaru di daftar atas nama Global Ikhwan.Dari segi ekonomi mereka cukup mantap tetapi dari segi Aqidah rosak serosak rosaknya. Pihak Jakim,Jabatan Agama,harus memantau pergerakan mereka kerana setakat ini keahlian mereka telah mencapai 10,000 orang di seluruh Malaysia tidak termasuk di luar negara.Saksikanlah ketiga tiga video berikut.
Video 1
Video 2
Video 3
Monday, May 17, 2010
Thursday, May 13, 2010
Monday, May 10, 2010
Zikir Tarikat Sufi / Tasawwuf
TARIKAT 1
PESTA SUFI UNTUK MENCAPAI MAKAM KETUJUH
TARIKAT 2
Naqshbandi GILA isim.flv
Penjelasan
Saksikanlah gerak praktis mereka,adakah ini yang di ajarkan oleh Rasullullah & para sahabat kepada kita? Supaya kita jangan terjebak awasilah! anak-anak kita, atau ibu bapa kita, mahupun sesiapa sahaja dari kalangan keluarga kenalan supaya tidak terpengaruh dengan amalan seperti ini.
Ingatlah wahai saudara sekalian akan pesanan imam besar ahlus sunnah wal-Jamaah kita iaitu al-Imam asy-Syafi'i berkenaan tarekat sufi/tasawuf:
“Seandainya seorang menjadi sufi (bertasawwuf) di pagi hari, niscaya sebelum datang waktu Zuhur, engkau tidak dapati ia, melainkan telah menjadi orang bodoh.” (al-Manaqib lil Baihaqiy, 2/207. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/503)
“Tidaklah seorang sufi menjadi sufi, hingga memiliki empat sifat: malas, suka makan, sering merasa sial, dan banyak berbuat sia-sia.” (Manaqib lil Baihaqiy, 2/207. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/504)
“Asas tasawwuf adalah kemalasan.” (al-Hilyah 9/136-137. Manhaj Imam asy-Syafi’i fi Itsbat al-Aqidah, 2/504)
*Salah satu pegangan org2 sufi / tasawwuf apa apa yg mereka miliki adalah isi belaka,yang lain semuanya mendapat kulit belaka.Kalau nak mendapat isi harus berdamping dgn mereka.Maka penulis menjawab " manakan boleh mendapat isi kalau kulit tidak dikupas/dibuka " *
*Ahli sufi yang mahir di dikira ahli kalam / ahli akal pandai berkata2.Apa apa yang disampaikan sukar untuk di fahami,bercakap dengan gaya bahasa yang berbelit2 hanya mereka sahaja yang memahami apa yang tersirat dan tersurat.Penulis katakan bahasa Al Quran itu sendiri lebih mudah untuk kita fahami dari apa yang mereka sampaikan.
*Imam Syafii melarang kita bedebat dengan orang2 seperti ini seperti mana kata kata beliau yang masyhur " Imam Ahmad rahimahullah meriwayatkan tentang Imam Asy-Syafii rahimahullah:
وَكَتَبَ إلَيْهِ رَجُلٌ يَسْأَلهُ عَنْ مُنَاظَرَة أَهْلِ الْكَلَامِ ، وَالْجُلُوس مَعَهُمْ، قَالَ: وَاَلَّذِي كُنَّا نَسْمَع وَأَدْرَكْنَا عَلَيْهِ مَنْ أَدْرَكْنَا مِنْ سَلَفِنَا مِنْ أَهْل الْعِلْم أَنَّهُمْ كَانُوا يَكْرَهُونَ الْكَلَامَ وَالْخَوْضَ مَعَ أَهْل الزَّيْغ وَإِنَّمَا الْأَمْر فِي التَّسْلِيم وَالِانْتِهَاء إلَى مَا فِي كِتَابِ اللَّه عَزَّ وَجَلَّ وَسُنَّةِ رَسُوله لَا تَعَدَّى ذَلِكَ .
Seseorang menulis surat kepada Imam Asy-Syafii menanyainya tentang berdebat dengan ahli kalam dan duduk-duduk bersama mereka. Imam Syafii berkata: “Yang kami dengar dan kami dapati dari salaf (pendahulu) kami dari para ulama, bahwa mereka membenci ilmu kalam dan berdebat dengan orang-orang menyimpang. Agama itu hanyalah dalam tunduk dan berhenti kepada apa yang ada di Al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wa sallam, tidak melampuinya.”
Kata kata dinukil dari akhi Nawawi Subandi Fiqh & Sunnah dengan sedikit tambahan.

Tuesday, May 4, 2010
ORANG MELAYU TERLALU MINAT PERKARA MISTIK DAN KURAFAT

ORANG MELAYU TERLALU MINAT PERKARA MISTIK DAN KURAFAT
Date 2007/6/12 20:41:15 | Topic: Artikel
Malaysiakini: Orang Melayu terlalu minat perkara mistik dan kurafat
Kecenderungan media massa dan pawagam menayangkan banyak cerita seram dan mistik menjadi kayu pengukur bahawa masyarakat, khususnya orang Melayu begitu meminati perkara berbentuk mistik dan kurafat, kata Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Malah, kata Exco Pendidikan dan penyelidikan PKPIM, Mohd Rezwan Alias, ada filem sedemikian yang berjaya mengutip jutaan ringgit sejak beberapa hari ditayangkan.
“Hal ini dikuatkan lagi dengan pameran hantu, jin dan keranda yang mendapat sambutan luar biasa di kalangan masyarakat Malaysia pada awal bulan Mac tahun ini.
“Langkah yang tepat telah dilakukan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan apabila menegah pameran tersebut daripada terus berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan.
“Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata pameran berunsur tahyul dan kurafat boleh menjurus kepada makruh dan seterusnya haram apabila mendatangkan mudarat kepada akidah umat Islam,” tambahnya.
Bagaimanapun, kata Mohd Rezwan lagi, karyawan-karyawan yang menekuni filem
hantu dan drama mistik seolah-olah tidak mempedulikan hikmah mengapa elemen tahyul dan kurafat ini ditegah dalam agama.
Didorong keuntungan
“Mungkin ada sesetengan karyawan berpendapat bahawa cerita yang dihasilkan adalah untuk hiburan semata-mata. Dengan hanya memanfaatkan unsur ketakutan, mereka terus menengahkan konsep mistik atau jenis hantu kerana keuntungan yang akan diterima lebih tinggi daripada genre-genre yang lain,” katanya.
Menurutnya, Peter Gay menulis dalam buku beliau The Cultivation of Hatred menyatakan, pada setiap abad manusia akan mencipta satu budaya baru.
“Sekiranya mengambil kata-kata Peter Gay, kita dapat lihat semacam satu budaya tidak sihat di Malaysia. Apabila kita ingin mencapai negara maju. wujud golongan yang menanam dan mempopularkan kembali elemen tahyul dan mistik.
“Ini akan memberi satu signifikan yang besar kepada pemikiran masyarakat kita. Maka pemikiran tahyul akan kembali mengambil tempat dalam minda masyarakat,” tambahnya.
Natijahnya, kata Mohd Rezwan, umat Islam akan terpesong daripada akidahnya dan negara tidak mampu menjadi negara yang maju.
“Justeru, adakah kita ingin kembali kepada zaman di mana pemikiran tahyul begitu kuat dalam masyarakat kita ataupun kita ingin melihat masyarakat kita mempunyai pemikiran minda kelas pertama yang sering dislogankkan oleh kerajaan?
Kefahaman mengenai Islam
“Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) amat memandang serius perkara ini, khusunya dalam membina generasi yang mempunyai kefahaman Islam yang tepat dan tidak terpengaruh dengan pemikiran tahyul,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, PKPIM mencadangkan agar Majlis Fatwa Kebangsaan dapat menegur filem dan drama mistik dan tahyul yang boleh menjejaskan akidah umat Islam.
“PKPIM juga menggesa agar Lembaga Penapisan Malaysia berperanan dengan lebih proaktif dalam menangani isu ini.
“Masyarakat tidak seharusnya memilih filem hantu dan mistik kerana ia bukan sahaja melalaikan, malah boleh menjejaskan akidah kerana ia berunsurkan tahyul dan kurafat.
“Penguatkuasaan haruslah diambil secara tegas bagi membendung dan menghalang agar pemikiran tahyul ini tidak menjadi batu penghalang kepada masyarakat untuk menjadi generasi Ulul Albab,” katanya.
Sumber asal : http://www.pkpim.net/modules/news/print.php?storyid=699
Komentar pakatan09
Dalam Drama2 berunsur seram yg di tayangkan di tv terdapat unsur unsur yg tak masuk akal contohnya seperti aksi para bomoh atau ustaz yg menghadapi makhluk halus dimana semasa bertarung dgn hantu mereka ada power sehingga boleh mengeluarkan cahaya ditangan bagi membunuh hantu tersebut.Unsur2 ini akan mempengaruhi minda kanak2 dan akan memmberi impak negatif kepada mereka.Kebanyakan drama mistik ini ada persamaan dgn cerita cerita dongeng Jepun naruto dan lain2 lagi. Allahua'lam.
Monday, April 26, 2010
Adakah Basmalah sebahagian dari Fatihah?

Salam
Saya mohon maaf jika soalan ini berulang, saya telah cuba cari tapi tak jumpa.
Saya masih confuse untuk mengamalkan basmalah ketika membaca AL-Fatihah dalam dan luar solat. Adakah boleh jika tidak dibaca langsung basmalah ketika baca al-fatihah? Iaitu ia sekadar sunat utk dibaca. Saya mohon penjelasan dan dalil adakah basmalah sebahagian dari surah al-fatihah.
Jika dikira al-fatihah mengandungi 7 ayat termasuk basmalah sesuai seperti dinyatakan sebagai sab'u masani di dalam hadis Nabi SAW
Mohon penjelasan.
Terima kasih.
***********************
al-jawhar
Panel Feqh
Salam
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد
Ulama sepakat mengatakan bahawa ‘basmalah’ adalah merupakan sebahagian daripada surah An-Naml , tetapi berselisih pendapat mengenai adakah diwajibkan membacanya dalam solat.
Abu Hanifah dan Ahmad mengatakan ianya adalah sunat sahaja kerana mereka beranggappan bahawa basmalah bukanlah satu ayat dari surah Al-Fatihah.
Manakala Imam Syafie mewajibkan membacanya.
Para Qurra Makkah dan Kufah mengatakan bahawa basmallah adalah merupakan sebahagian dari surah Al-Fatihah , manakala para Qurra Madinah , Basrah dan Syam tidak menganggap basmalah adalah ayat daripada surah al-Fatihah.Mereka mengatakan bahawa basmalah hanya merupakan pemutus antara setiap surah-surah yang terdapat dalam al-Quran.
Pendapat para Qurra Madinah , Basrah dan Syam ini dikuatkan dengan dalil daripada hadis Nabi saw sebagaimana berikut :
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان لا يعــرف فصــل السور حتى ينــزل عليه ( بسم الله الرحمن الرحيم)
“Sesungguhnya Rasulullah saw tidak mengetahui akan pemutus antara surah-surah sehinggalah diturunkan Bismillahir Rahmanir Rahim.
[HR Abu Daud : 788 , Al-Hakim : 1/231. Disahkan dan dipersetujui oleh Az-Zahabi]
Walaubagaimana pun terdapat juga dalil yang mengatakan bahawa Basmalah bukanlah sebahagian daripada al-fatihah sebagaimana hadis daripada Anas bin Malik ra :
أن النبي صلى الله عليه وسلم وأبا بكر وعمر كانوا يفتتحون الصلاة ب(الحمد لله رب العالمين)
“Adalah Rasulullah saw dan Abu Bakar serta Umar memulai solat dengan (Alhamdulillahi rabbil ‘Alamin) [H.Muttafaqun ‘Alaih , Bukhari :743 dan Muslim : 399]
Dalam Riwayat Imam Muslim terdapat tambahan yang menyebutkan bahawa mereka iaitu Rasulullah saw , Abu Bakar dan Umar tidak menyebut Basmalah samada diawal bacaan ataupun diakhir bacaan al-Fatihah sebagaimana berikut :
لا يــذكرون ( بسم الله الرحمن الرحيم) في أول قراءة ولا في آخرها
Malah menurut Asy-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , terdapat hadis sahih yang jelas menunjukkan bahawa Basmalah bukanlah merupakan ayat daripada surah Al-Fatihah sebagaimana berikut :
أن الله قال: قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين ، فإذا قال : الحمد لله رب العالمين ، قال : حمدني عبدي
........ إلخ
“Nabi saw bersabda : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman : Aku membahagi dua solat hambaku , separuh untuk untuk-Ku dan separuh untuk hamba-Ku.(Untuk hamba , apa yang ia minta)…..Ketika hambu-Ku membaca (Alhamdulillahi rabbil ‘Alamin) , Aku berfirman : Hamba-Ku memuji-Ku………hingga akhir.
[HR Imam Muslim : 395]
Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa permulaan al-Fatihah adalah (Alhamdulillah….) bukannya basmalah….
Penjelasan:Kesimpulannya,membaca basmalah sebelum fatihah samaada di dalam solat atau di luar boleh dibaca,tidak di baca.Ada juga pendapat yang mengatakan boleh di baca secara sir (perlahan)atau di jaharkan (dikuatkan).Dalam soal membaca atau tidak ummat Islam tidak perlu saling salah menyalah antara satu sama lain sebab perkara ini termasuk dalam soal khilafiah.
Allahu A’lam…
WA
Ruj :
Taudhih Ahkam min Bulughil Maram , Asy-Syaikh Abdullah Abd Rahman Al-Bassam.
Fathul Qadir , jilid 1 , ms : 65
Al-Ahkam Asy-Syar’iyyah li qurra al-Quran al-Karim , Asy-Syaikh Dr. Mahmud Ahmad Sa’id al-Atrash.
Posted by aizuddin at 8:30 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)